NUFFNANG

Friday, February 25, 2011

kebaikan yogurt

hari ini kawan2.ff nak updated pasal kebaikan yogurt.

ff memanng gemar akan yogurt.hari ff akan makan atau minum.

banyak kebaikannye...

...


Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium. Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu).

Dan seterusnya …

Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan.





p/s;rajin pulak ff updated blog yer.bye ff nak beradu dahulu

No comments: